|
Majlis Penganugerahan Sun '99 Sudah tiba masanya ahli-ahli sun diberikan penghargaan atas kegigihan mereka menaikkan nama kelab di mata dunia. Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh setiap ahli dan sun-sun di seluruh tanahair. Maljlis ini dijangkakan akan berlangsung pada akhir bulan Mei ini yang bertempat di Taman Pantun,UKM. Sebanyak 12 kategori dipertandingkan dan antara kategori yang menjadi kegilaan sun adalah Sun Jalang dan Sun Terbaik. Senat telah memutuskan bahawa antara 3-5 orang calon dipertandingkan bagi setiap kategori. Borang pemilihan calon akan diedarkan kepada ahli sedikit masa lagi dan setiap ahli perlu memilih calon yang terbaik sahaja bagi setiap kategori. Nantikan kemunculannya.
Majlis Pelancaran Album Majlis pelancaran album sulung yang bertajuk ...selamanya akan dirasmikan pada 1 Mei 1999 di Vivasun. Album ini memuatkan 10 buah lagu pelbagai rentak yang dinyanyikan oleh ahli-ahli sun yang terpilih. Album ini telah diterbitkan oleh penerbit muda yang berbakat besar iaitu Saiful Ridzuan Arifin. Penyanyi -penyanyi pula telah dilatih oleh guru vokal terkenal iaitu Siti Chairani. Hasil daripada latihan selama 2 bulan maka lahirlah album yang memuatkan lagu pelbagai rentak dengan kemantapan vokal yang tiada tandingannya. Antara lagu yang dijangka hit adalah Menghitung Hari versi akustika, Cinta di Akhir Garisan serta banyak lagi.
|
|