|
Selamat datang kami ucapkan kepada anda yang membuka homepage kami. Sila baca dengan cermat dan bersungguh-sungguh. Kelab ini merupakan kelab yang baru ditubuhkan untuk memberi peluang kepada golongan sun untuk bergiat aktif dengan lebih giat dalam segala lapangan seperti seni, sukan mahupun sosial.Selain daripada itu, kelab ini amat mengambil berat tentang kebajikan ahlinya. Kelab ini telah ditubuhkan secara rasminya pada bulan Mac lalu yang dirasmikan oleh Prof. Wan Hashim Wan The yang berlangsung di hotel Syangri-la. Buat masa ini, kelab ini telah mempunyai seramai lebih kurang 20 orang ahli yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Setiap ahli yang menyertai kelab ini, akan diberi pendedahan yang luas mengenai dunia sun. Kami menjanjikan pelbagai aktiviti yang pasti mendebarkan dan menyeronokkan.
APA YANG DITUNGGU LAGI, SERTAILAH KELAB YANG PALING VOUGE DI ALAF 21 INI!
|
|